Saturday 22 February 2014

Bilakah " episiotomi " perlu dijalankan ?

Tidak semua yang kita harapkan boleh berlaku dengan lancar. Pembedahan episiotomi kadangkala terpaksa dijalankan atas alasan yang tertentu. Antara sebab yang paling biasa ialah:

1. Saiz bayi besar

Episiotomi membantu mengeluarkan bayi yang bersaiz besar sekiranya si ibu tidak berdaya meneran dan melahirkannya dengan sendiri. Keadaan seperti ini akan memaksa doktor untuk melakukan episiotomi terutamanya apabila proses kelahiran mengambil masa yang terlalu lama.

2. Posisi kepala bayi yang menghadap atas (posterior)

Dalam kelahiran normal, kepala bayi selalunya menghadap atas (anterior) supaya diameter perineum tidak terlalu lebar. Namun, dalam kes yang sebaliknya apabila kepala bayi menghadap bawah (posterior), bayi akan memerlukan diameter yang lebih luas sebelum dapat dikeluarkan. Maka, episiotomi dianggap kritikal bagi membantu kelahiran sebegini.

3. Penggunaan alat bantuan kelahiran
Sekiranya terdapat penggunaan forsep dan vakum, tentunya proses episiotomi akan memudahkan memandangkan alatan sebegini memerlukan ruang yang cukup untuk berfungsi sebaiknya.




No comments:

Post a Comment