Monday 3 March 2014

Adakah Anak Anda Penghidap G6PD ?

Entry ini khusus buat ibu-ibu yang mempunyai anak G6PD. Saya sering diajukan soalan “anak saya ada G6PD, boleh ke saya amik set penyusuan Shaklee ni?” Tahniah kerana anda ibu yang peka dan menitikkan beratkan penyusuan susu ibu!!.
testi 9_edited
Jawapan yang paling tepat adalah, “sudah tentu boleh!!”. Ini kerana Shaklee 100% natural dan 100% HALAL.
Sebelum kita berkenalan dengan set penyusuan untuk anak-anak G6PD, mari kita ketahui apakah G6PD sebenarnya?


✒ APA ITU G6PD?

Penyakit ini biasanya berlaku di kalangan kaum lelaki, dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami penyakit ini. G6PD adalah penyakit kekurangan enzim G6PD (Glucose – 6 – Phosphate – Dehydrogenase) dan merupakan bawaan genetik. Enzim ini bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti jangkitan teruk, atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil. Keadaan ini akan mengakibatkan sel darah merah pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dipanggil HEMOLISIS.

✒TANDA-TANDA KEKURANGAN ENZIM G6PD

1) 48-96 jam selepas pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan pengoksidaan, pesakit akan menunjukkan gejala Hemolitik Anemia, iaitu pemecahan sel darah merah yang berlaku terlampau cepat. Jangkitan virus dan bakteria juga boleh menyebabkan hemolitik anemia.
2) Gejala-gejala hemolisis termasuklah kepucatan, jaundis, mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menyebabkan air kencing bewarna kegelapan.  Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit m
 3) Bagi bayi baru lahir, kekurangan emzim G6PD boleh mengakibatkan jaundis yang patologik yang mempunyai paras bilirubin yang tinggi dan memerlukan transfusion darah.


✒ MAKANAN DAN UBAT-UBATAN YANG PERLU DIELAKKAN
  1. Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )
  2. Sulfonamides  : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.
  3. Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).
  4. Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).
  5. Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.
  6. Miscellaneous
    • Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
    • Probenecid
    • Dimercaprol (BAL)
    • Flutamide (Eulexin)
    • Methylene Blue
    • Tolouidine Blue
    Napthalene (Ubat Gegat)

Kembali kepada topik asal kita, tentang Set Penyusuan yang sesuai untuk anak-anak G6PD. Untuk kes ini, saya amat menggalakkan ibu-ibu mengambil SET EU_FOUR PACK yang terdiri daripada:
✔ VITALEA
✔ VITAMIN C
✔ B COMPLEX
✔ OSTEMATRIX

Set Eu-Four-Pack

Dan untuk mendapatkan kesan yang optimum, saya syorkan untuk menambah ESP bagi yang mempunyai budget kewangan yang mencukupi.






call@whatsup husna 0108068920
nurulhusnaabdulghani@gmail.com




 

Wednesday 26 February 2014

SAKIT SENDI...?ohhhh tidakk lagi dengan ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:
1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
2. Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.
Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit2 sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.
testimoni pengguna


call@whatsup husna 0108068920
nurulhusnaabdulghani@gmail.com
 

Sunday 23 February 2014

NAK KURUS DENGAN MODAL BAJET JERK !

Haaaaahh selamat berhujung minggu-mingguan gitew...tgk tajuk kite kemain siap tande seru ! bagai yerr..
tu laaa nk cite pasal set BAJET utk nk kurus kn badan .ermmm dh name pon set bajet kn,harge pon mestila bajet u ollsss . okey jom kite bekenalan,beramah mesra dulu dengan set bajet utk slimmimg nie kihkih...




* LECITHIN ---> Bertindak sebagai pembakar lemak yg baik .Pengambilan Lecithin secara konsisten   setiap hari dalam kuantiti yg dicadangkan membantu mengelak masalah OBESITI dan mempercepatkan proses pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yg sempurna .

* ALFALFA COMPLEX ---> Sebagai agen detoks yg mengangkut lemak-lemak yg telah di pecahkan untuk disingkirkan dari badan .Alfalfa Complex juga membantu pelawasan yg turut mempunyai peranan penting dalam proses slimming .


testimoni plezzz . . .




pm@whatsup husna 0108068920
nurulhusnaabdulghani@gmail.com 


Saturday 22 February 2014

AMALAN SEMASA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

• Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

• Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

• Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

• Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
******************************************

anak itu ibarat seperti kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi”. Sudah jelas lagi terang, itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa yang perlu digalas dengan penuh beramanah dalam membawa anak-anak ini mengenal Allah yang menciptaNya. Berat, tetapi Insya Allah, mampu digalas dan dipikul selagi mana ibu bapa itu sedar anak-anak merupakan mad’u yang paling hampir dan paling terpengaruh dalam kehidupan ibu bapa yang juga bergelar seorang dai’e.
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA 





SEMBUHKAN LUKA PEMBEDAHAN BERSALIN DENGAN SEGERA

Petua kepada puan-puan/isteri- isteri yang baru lepas bersalin secara pembedahan supaya cepat sembuh luka dalaman dan luaran.Cuba cara-cara berikut :

1. Suami beli ikan haruan yang hidup, masak untuk dimakan isteri. Sebaiknya dibuat sup supaya dapat menyegarkan dan memulihkan tenaga badan.

2. Amalkan makan Jus Gamat. Antara jenama yang bagus Jus Awal Gamat.

3. Sapukan pada bahagian luka luaran (jangan kena pada bahagian jahitan) dengan losyen gamat. Tanya kat gerai-gerai ubat tradisional ada dijual.

Kalau boleh buatlah perkara-perkara berikut untuk kurangkan kesakitan akibat pembedahan....

1. Bila ingin batuk atau bersin maka peganglah bantal di tempat yang di bedah untuk menahan tekanan semasa batuk atau pun bersin.

2. Jangan jalan terlalu tunduk (bongkok) kelak luka akan lambat sembuh kerana perut itu berlipat pada tempat yang di jahit.

3. Tidur atas katil dan bukan di lantai kerana nak bangun akan susah kalau tidur di atas lantai. Bila nak bangun iringkan badan dan turunkan kaki dahulu perlahan lahan.

4.Eakkan dari memakan terlalu banyak jamu lepas bersalin kerana ia akan menyebabkan berpeluh dan ini akan melambatkan proses luka untuk baik.

5. Elakkan dari terlalu banyak berjalan tetapi kena berjalan juga, tak boleh baring terlalu lama dan elakkan banyak tidur.

6. Pati ikan haruan merupakan satu altenative yang bagus juga kepada ikan haruan segar.

7. Dan kerana tidak boleh menyusukan bayi maka isteri akan mengalami kesakitan bila susu mula terhasil. Perkara ini amat memerlukan perhatian kerana kesakitannya memang berat . Gunakan sikat untuk melurut bahagian yang sakit. Boleh juga di carikan daun ubi gajah atau sayur kobis untuk di lumatkan dan di tepekkan pada tempat yang sakit.

8.Penggunaan minyak habbatussawda untuk disapu pada tempat luka juga menghasilkan kesan yang positif.

9. Minum air bertapis/mineral yang mencukupi dan rehat yang mencukupi.
10. Jangan urut pada bahagian perut


KISAH MAKCIK PENJUAL NASIK LEMAK

KISAH MAK CIK PENJUAL NASI LEMAK YANG CEKAL WALAPUN DIGANGGU KACAU OLEH DBKL .... LAWAN TETAP LAWAN.

Seorang wanita Melayu pertengahan umur begitu cekal untuk berniaga nasi lemak demi kelangsungan hidup.

Walau pun pagi semalam gerainya disita oleh pihak DBKL dengan merampas meja dan kerusi perniagaannya dengan dikeluarkan surat saman walaupun ketika itu beliau merayu-rayu agar peralatannya tidak dirampas namun rayunnya langsung diendahkan oleh pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Gelagat kasar, angkuh dan sombong besar kepala DBKL berjaya dirakamkan ..

Pagi ini rakyat yang bersimpati telah pergi kelokasi yang sama iaitu di bawah Monorail Jalan Raja Chulan untuk melihat perkembangannya .. Kelihatan wanita Melayu tersebut terus menjalankan perniagaannya menjual nasi lemak dan kuih muih.

Bila ditanya beliau dengan linangan air mata berkata ... "kakak anak ramai ... gaji suami akak kecil .. kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi .. jadi terpaksalah akak meniaga demi nak membesarkan anak-anak yang masih bersekolah .. akak meniaga tidak ganggu lalu lintas dan sentiasa jaga kebersihan".
Inilah dia .. bila rakyat merunggut dan mengeluh kerajaan suruh ikhtiar berusaha untuk menambah pendapatan .. bila rakyat berikhtiar dan berusaha diganggu kacau pula ... berapa sangatlah untungnya menjual nasi lemak di tepi jalan.

 

Bilakah " episiotomi " perlu dijalankan ?

Tidak semua yang kita harapkan boleh berlaku dengan lancar. Pembedahan episiotomi kadangkala terpaksa dijalankan atas alasan yang tertentu. Antara sebab yang paling biasa ialah:

1. Saiz bayi besar

Episiotomi membantu mengeluarkan bayi yang bersaiz besar sekiranya si ibu tidak berdaya meneran dan melahirkannya dengan sendiri. Keadaan seperti ini akan memaksa doktor untuk melakukan episiotomi terutamanya apabila proses kelahiran mengambil masa yang terlalu lama.

2. Posisi kepala bayi yang menghadap atas (posterior)

Dalam kelahiran normal, kepala bayi selalunya menghadap atas (anterior) supaya diameter perineum tidak terlalu lebar. Namun, dalam kes yang sebaliknya apabila kepala bayi menghadap bawah (posterior), bayi akan memerlukan diameter yang lebih luas sebelum dapat dikeluarkan. Maka, episiotomi dianggap kritikal bagi membantu kelahiran sebegini.

3. Penggunaan alat bantuan kelahiran
Sekiranya terdapat penggunaan forsep dan vakum, tentunya proses episiotomi akan memudahkan memandangkan alatan sebegini memerlukan ruang yang cukup untuk berfungsi sebaiknya.